Welcome to my blog, hope you enjoy reading
RSS
www.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.ws

Saturday, October 31, 2009

ZzaaazzZSss...! / LayaannNNnn...!


26-Oct-2009 Oleh: Murai Batu
Artis Terkenal Maki Hamun Call Centre?
KL, 26 OKTOBER 2009: Entah apa nak jadi dengan artis yang seorang ini. Seingat Murai Batu namanya memang dihormati, apatah lagi kerana berjaya berdiri di atas kaki sendiri selepas bercerai.Tapi sayang seribu kali sayang, artis ini bagaikan sudah hilang budi bahasa hanya kerana kehendaknya gagal dituruti oleh seorang petugas di sebuah call centre, salah satu syarikat telekomunikasi (telco) terkenal, baru-baru ini. Kasihan pula Murai Batu apabila mendapat tahu keadaan artis itu yang terjerit-jerit dan menghamburkan perkataan kesat kepada petugas berkenaan, walhal dia punya pilihan untuk bercakap atau membuat aduan secara lebih manis.Murai Batu juga hairan, tidakkah artis itu sedar bahawa setiap perkataannya dirakamkan? Malah sumber Murai Batu memberitahu, artis berkenaan tidak segan silu menggunakan kedudukannya sebagai selebriti untuk bertindak sesuka hati.

Malah artis berkenaan turut mengugut untuk mengadu kepada pihak atasan syarikat telco berkenaan sekiranya permintaannya tidak dituruti.Kasihan sungguh kepada petugas call cente itu. Sudahlah 'dihadiahkan' dengan bahasa kesat, malah kena ugut lagi. Artis itu memang silap haribulan sebab petugas terbabit bukan orang baru malah dia sudah lama berkhidmat di jabatan berkenaan.Tapi apa boleh buat, nasi sudah menjadi bubur. Kehendak artis itu akhirnya perlu dituruti kerana rasa hormat dan bimbang perkara itu akan meleret-leret. Pada masa yang sama, rasa serba salah mula menghantui petugas call centre berkenaan kerana telah melanggar prosedur syarikat demi melayan kehendak artis itu.Murai Batu harap tindakan sabar petugas syarikat telko berkenaan akan dipuji oleh majikannya kerana apapun, servis memuaskan perlu diutamakan kepada pelanggan walaupun masih ada manusia yang kurang bertamadun seperti artis itu. Mungkin rakaman perbualan mereka boleh dijadikan bukti bagaimana kasar serta biadapnya artis yang perasan itu.MURAI BATU: Bukan pertama kali mendengar sikap artis itu yang mulutnya lancang dan suka mengata. Dia juga suka mungkir janji dan beri alasan pada saat-saat akhir.

0 comments:

Post a Comment