Welcome to my blog, hope you enjoy reading
RSS
www.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.ws

Monday, October 5, 2009







Hafiz Berubah, Kemaruk Cinta Dengan F?




KL, 5 OKTOBER 2009: Dalam perjalanan pulang dari kampung, baru-baru ini, Murai Batu seronok pula melayan lagu raya nyanyian Hafiz AF7, iaitu Yok Beraya di corong radio. Kebetulan Murai Batu menerima panggilan telefon daripada seorang rakan yang memberitahu satu gosip tentang Hafiz.Katanya, sejak akhir-akhir ini, Hafiz sudah berubah, tidak macam dalam akademi dulu. Apa dah jadi Hafiz?
"Aku dengar cerita, Hafiz ni tengah kemaruk bercinta. Setiap malam dia selalu keluar dating dengan awek tu sampai lewat malam. Itu tak kisahlah sebab hal peribadinya tetapi disebabkan tengah khayal bercinta, Hafiz mula hilang fokus kepada kerjayanya. "Antaranya, dia tak sempat membuat homework sehinggakan waktu show, dia asyik terlupa lirik lagunya sendiri," kata sumber itu.
Jangan Tak Lihat
» Bintang AF, ERA FM Raikan...
» Hafiz Berubah, Kemaruk Ci...
» Lagu Raya Manakah Lebih B...
» Tonton Video Yok Beraya S...
» Jumpa Lagi Yok Sahur Tahu...
Murai Batu difahamkan apabila perkara ini menjadi bualan ramai, Hafiz pernah menangis dan meminta peminatnya faham dengan situasinya yang masih merangkak dalam bidang seni.
Pun begitu, tidak banyak yang Murai Batu ketahui tentang gadis tersebut tapi sumber tadi berkata, nama gadis itu bermula dengan huruf F. Dia bukanlah artis tetapi Hafiz dikatakan sudah kenal F lama sebelum dia masuk ke AF7 lagi. Namun, waktu itu mereka hanya teman biasa saja.
Nasihat Murai Batu, Hafiz janganlah terlalu leka bercinta sampai kerjayanya terjejas. Inilah masanya untuk membalas jasa keluarga yang menyokong Hafiz dan lebih penting peminat AF7 yang sangat membantu kejayaan Hafiz. Boleh kan?
MURAI BATU: Dengar kata, Hafiz berpakaian serba putih dan bermandikan hujan dalam muzik versi terbaru Masih Jelas.

0 comments:

Post a Comment