Welcome to my blog, hope you enjoy reading
RSS
www.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.ws

Tuesday, October 20, 2009

kem polibriged
    • Tarikh : 16, 17 & 18 Oktober 2009.
    • Tempat : Sungai Congkak, Hulu Langat, Selangor.
    • Peserta : 80 (JKE, JP, JKM, JKA )
    • Pensyarah : En. Siri Mohammad dan rakan2.

Pelajar2 berkumpul tepat pada jam 2.15 p.m di pentagon, kami (pelajar2) diberi sedikit taklimat tentang perjalanan dan tempet perkhemahan kami, dan juga dipecahkan kepada kumpulan khemah seramai 9 ke 10 orang 1 khemah. Jam 3.00 p.m kami bertolak menaiki bas politeknik yg khas disediakan buat kami. selama 4 jam setengah perjalanan kami, ade yg tido, memekak dan juga ade yg dengar walkman. Tapi kebanyakkan kami tido disebabkan kepenatan menghadiri kelas pada sebelah pagi. Kami sempat singgah di pasar malam Sri Nanding untuk membeli makan malam. Setengah jam dari pasar malam Sri Nanding kami pun tiba di tapak perkhemahan kami.

Sampai saja di tapak perkhemahan kami, kami ditugaskan untuk mendirikan khemah yg juga merupakan tempat kami menyalin pakaian, tido dan berteduh. Selepas selesai mendirikan khemah kami di beri masa untuk mengemaskan diri, makan dan juga solat. jam 10 p.m kami diarah untuk berkumpul. Ketika ini lah kami dikenalkan dengan para fasilitator kami yang juga merupakan dikalangan senior kami sendri. Seterusnya kami diberi sedikit taklimat oleh pensyarah iaitu En. Siri dalam hal2 pengendalian barang2 masakan kami. Kemudian kami diserahkan kembali kepada fasilitator. Kami turut diberi taklimat tentang perjalanan program utk keesokkan harinya dan peraturan2 sepanjang berada di tapak perkhemahan. Selesai Sesi taklimat kami di bawa ke dewan astaka. Disana kami di bahagikan kepada kumpulan aktiviti yang mempunyai anggota seramai 9 ke 10 orang. Setelah dibahagi kumpulan kami ditugaskan untuk mencari dan mencipta tredmark kumpulan kami. Selain itu kami juga di ajar dengan pelbagai games yg sangat menyeronokan. Abg2 dan akk2 fasi kami yg klakar dan sporting lebih memeriahkan lagi suasana ketika itu. Aktiviti pada hari pertama itu selesai dalam lingkungan jam 2 tengah malam. Kami di arahkan untuk tido, tetapi setiap kumpulan diberi tugas untuk bergilir-gilir menjaga tapak perkhemahan.

Keesokan harinya pada belah pagi kami bersenam dan di ajar lagi beberapa game kemudian kami masak dan makan apa yg dimasak. aktiviti seterusnya kami meredah hutan untuk ke Lembah Pacat. Di sana lah kami di arahkan untuk memasak makanan tengah hari. Pada belah petang kami, melakukan aktiviti meredah halangan, disini lah kami di suruh berendam dalam air, memajat bukit yg tinggi dan juga meradah lumpur. Setelah selesai kami diberi masa untuk membersihkan diri, masak dan makan, serta solat. pada malamnya kami mengadakan aktiviti seribu satu malam. Dalam aktiviti kali ini kami diberi tugas untuk membuat satu drama berunsur lawak. aktiviti berjalan selama 3 jam lebih, kami mengakhiri aktivi kali ini dengan satu nyanyi dan diserta kan tarian iaitu "gorila frenz". Kemudian kami diarahkan untuk tido.

Jam tepat pukul 1.30 malam kami dikejut untuk aktiviti night walk. Aktiviti ini tidak dapat dijalankan sepenuhnya kerana hujan. Para pelajar dan juga fasi terpaksa tido dalam keadaan yg basah dan sejuk. Keesokan pagi, kami diberi masa untuk solat, masak, makan, dan mengemas khemah serta membersihkan kawasan sekelilingnya. Aktiviti seterusnya adalah explorace. Di sini lah kami di uji daya dengan pelbagai cabarn yg agak mencabar, walaupun klihatan remeh temeh.

Setelah itu,kami membersihkan diri dan bersiap2. Sebelum pulang kami diarah untuk memakan barang amanah yg telah ditugaskan untuk dijaga sepanjang kem tersebut, namun kedua2 pasukan gagal untuk menjaga dengan baik. sebagai ganti kami di denda untuk memakan amanah itu, yang ada bawang merah, putih, bunga cengkih, lawang, kunyit, halia dan pelbagai rempah ratus dibelenda. Para fasi turut meluahkan sedikit nasihat kepada kami untuk menghadapi alam IPTA. Kami bertolak pulang ke Poli jam 3p.m . perjalan pulang memakan masa selama 4jam. kami sempat singgahj di R&R Seremban. jam 6.30 kami sampai di pentagon Poli. Inilah perjalanan aktiviti kami ke kem polibriged, yang sangat penat, menyakitkan sendi2 badan TETAPI sangat menyeronok dan menghiburkan. TERINA KASIH PARA PENSYARAH YANG TELAH MENGANJURKAN KEM INI, DAN JUGA KEPADA ABG2 DAN AKK2 FASI YG BANYAK BERKORBAN MASA, TENAGA, WAKTU REHAT, DAN ASSIGMENT DEMI KAMI. KAMI SAYANG KAMU SUMER... sekian Tamat

.

0 comments:

Post a Comment